Selasa, 28 Januari 2014

Apakah Internet itu ??



Apakah Internet?
Internet secara umumnya merujuk kepada gabungan jaringan komputer yang berkomunikasi menggunakan sistem pertuturan yang sama dikenali sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol). Ia berfungsi sebagai satu rangkaian yang besar menghubungkan badan kerajaan, komersial, Institusi Pendidikan dan individu di seluruh dunia.
Tiap komputer mempunyai nombor IP iaitu sinonim bagi alamat internet yang berbeza antara satu sama lain. Alamat IP merupakan nombor yang merujuk kepada sesebuah komputer. Ia terdiri dari 4 angka yang dipisahkan oleh titik (dot). Contohnya ialah 161.139.36.1 bagi Sistem Perpustakaan Sultanah Zanariah. Selain dari alamat IP, sese-buah komputer juga boleh dikenali melalui "Domain Name System (DNS) yang mudah diingati berbanding dengan alamat IP. Contoh "DNS entry" ialah "psz.utm.my" atau "lib.usm.my". Sistem ini menggunakan hanya abjad yang membahagikan peringkat-peringkat rangkaian sesebuah komputer menggunakan titik (dot). Antara "domain" adalah :
  • .com - Syarikat komersial
  • .edu - Institusi Pendidikan
  • .net - Perkhidmatan rangkaian seperti Internet NICs (Network Information Centers)
  • .org - Organisasi yang kebanyakkannya tidak ber-asaskan keuntungan
  • .mil - Jaringan Institusi Ketenteraan
  • .gov - Organisasi Kerajaan
  • .uk - United Kingdom
  • .de - germany
Kemudahan yang diberikan oleh Internet
Internet menyediakan ber-bagai kemudahan yang antara lainnya termasuklah Telnet iaitu mengakses sesebuah komputer dari jarak jauh, ‘IRC chat’ iaitu berbual dengan individu lain di merata dunia, menghantar dan menerima mel, rangkaian ‘newsgroup’, memindahkan fail antara satu komputer dengan komputer yang lain (ftp) dan akses ke WWW (World Wide Web).
WWW
‘World Wide Web’ merupakan kemudahan dari Internet yang begitu popular di seluruh dunia masakini. Dengan jangkamasa yang singkat ia telah menjadi begitu popular di peringkat global sejak ianya dimulakan oleh dua orang ahli fizik iaitu Tim-Berners-Lee dan Robert Cailliau di European Particle Physics Laboratory (CERN) Geneva, Switzerland pada tahun 1990. Dari hanya sebanyak 500 tapak Web pada tahun 1990, ia telah meningkat kepada 11,500 pada tahun berikutnya dan tidak dapat dipastikan jumlah sebenar tapak Web yang ada kini.
Terdapat beberapa konsep dalam WWW yang harus difahami. Ini termasuklah pelayar WWW (WWW browser) yang memaparkan fail ‘hypertext’ untuk membolehkan-nya dibaca. Antara ‘browser’ yang popular adalah Netscape, Mosaic, Cello dan Winweb.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar